Wednesday, October 27, 2010

ALOR STAR- Rumah Kelahiran Mahathir

Salam & Selamat Sejahtera...

10 Oct 2010~Masih lagi kat alor star.. Masa on da way ke kuala kangsar jumpe signboard Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad.. Alang2 da terjumpe yok la singgah skali.. Kite tengok ape yang ada dalam rumah tun dr mahathir nie...




Signboard ke rumah Tun Dr Mahathir.. Xjauh dari simpang besar..




Pintu masuk.. Masuk PERCUMA, tapi ada larangan mengambil gambar kat dalam rumah mahathir.. Nak tau apa ada kat dalam kenala datang sendiri..




Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah.





Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya.





Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.





Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.





Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.




Tempayan isi air untuk basuh kaki sebelum naik rumah.. Benda wajib untuk rumah2 lama..





Kilang ais yang pertama di Alor Setar. Rumah Tun Dr Mahathir terletak berhampiran dengan kilang ini. Korang bayangkan macam mana bisingnye kilang tapi xmenghalang tun dr mahathir untuk berjaya sehingga menjadi seorang doktor dan pemimpin negara.





Habis sudah lawatan di rumah kelahiran mahathir mohamad.. Xrugi sebenarnye datang.. Banyak info2 yang bleh kite dapat.. Lagipun masuk percuma.. Perut da start berkaraoke.. Ngam2 kuar je terus nampak kedai nie.. Malas da nak cari2 lain..




Ini dia Pak Ein Nasi Tomato..





Tengok berapa banyak dia punya lauk.. Korang bleh pilih sama ada nak nasi puteh atau pun nasi tomato.. Makanye tengah lapo sampai xtau nak pilih ape.. Semua nampak sedap.. Last2 aku amek nie..




Nasi Tomato dengan ayam masak merah dan sayur kacang.. Sedap beb!!..




Ejal punya.. Sedap juga katenye.. Banyak sangat campuran aku xtau ape die makan..


Yang nie zull punya.. Lebih kurang mcm aku gak...



Clean n Clear.. hehehe 1 hidangan + dengan air baru rm 4.50.. Pada aku kira murah la... Yang penting sedap.. kira berbaloi la.. Hai singgah sana singgah sini kol berapa nak sampai kuala kangsar nie.. Perjalanan masih jauh lagi.. Ape2 kite gerak dulu.. See ya...


SALAM....

No comments:

Post a Comment