Sunday, August 28, 2011

AIDILFITRI + MERDEKA!!!...

Salam...

Ramadhan 29, Sekejap je da nak raya.. Aku rasa macam baru semalam start puasa.. Alhamdulillah semua persiapan raya aku dgn adik2 da siap.. Cuma yang aku terkilan masa nak raya nie la duit mak aku bleh ilang.. Baru lepas gaji.. Duit 2 ilang dalam rumah.. Mak aku plak keluar pegi amek adik aku kat asrama.. Siapa la yang tergamak mencuri dalam bulan2 ramadhan nie.. Duit anak yatim plak 2... Takkan keje toyol plak.. Ada ker toyol ... Apa2 pun biarla allah saje yang membalasnye...

Kesempatan yang ada nie aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun, maaf jika selama nie aku ada terkasar bahasa, terngata, tersepak, termakan & terminum mintak di halalkan... Dan kepada semua rakan2, sedara mara, yang mengenali diri ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN...



+

= MERDEKARAYA!!!




SALAM...

Friday, August 26, 2011

HIGHWAY..

Salam..

Ramadhan 25.. Tinggal lagi 5 hari lagi nak raya.. Dan minggu terakhir sebelum masing2 sibuk nak balik ke kampung.. Mesti korang xsabar2 nak balik sambut merdekaraya kan.. huhu...

Ok ari nie aku nak kongsikan jadual perjalanan bagi yang balik kampung menggunakan plus highway... Benda nie dapat membantu korang dari tersekat, tersangkut, tertekan??, kat highway.. Paham2 je la macam mana rupe highway bile time2 perayaan nie..







P/s: Pastikan kenderaan korang da di servis dan dalam keadaan baik... Aku ucapkan selamat pulang, Drive elok2, Selamat hari raya aidilfitri & Selamat menyambut merdeka..

SALAM...

Monday, August 22, 2011

DON`T TALK WHILE HE/SHE DRIVES!!

Salam....

Iklan untuk semua yang nak balik beraya nie... Ingatla orang yang tersayang...


DON`T TALK WHILE HE/SHE DRIVES!!





P/s: Kretif orang yang bikin gambar nie.. Mendalam 2 maksudnye...

SALAM...

Sunday, August 21, 2011

SPEED TRAP..

Salam...

Hari nie 22 ramadhan.. Dalam seminggu lebih kite nak sambut raya.. Semalam aku temankan si zull cari baju melayu kat jakel.. Aku tengok meriah betul Jakel.. Macam promosi dengan jualan lelong ada.. Yang ada semalam karpet buluh jenis kecik rm15 tinggal rm5 je.. 2 pun die jual dalam masa 10saat.. Sape cepat die dapat.. Rasa2 kalau nak beli kain murah2 bleh dok kat Jakel.. Lelong gile2..

Ok ari nie aku nak story pasal Lokasi2 Panas Speed Trap... Tak tau la benda nie masih releven, masih diguna pakai lagi.. Kira infomasi bagi yang nak balik raya nie..



PLUS North Bound (ke Utara)

*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS South Bound (ke Selatan)

*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Elite Central Link East/North Bound

*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km.. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.

Elite Central Link West/South Bound

*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover 90km/h

NKVE East/North Bound

*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9 km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km

NKVE West/South Bound

*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km *Under the bridge at Shah Alam junction.

Kesas East Bound

*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.

Kesas West Bound

*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.

Klang

*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!

East Coast

*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.

SPEED TRAPS IN JOHOR

South Bound

*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng

North junction

*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.

SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG

North Bound

*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel..
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*Penang Bridge at island end..Speed limit 80km/h.

South Bound

*Penang Bridge island end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.

SPEED TRAPS IN PERAK

North Bound

*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamunting junction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352..6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.

South Bound

*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsar junction.
*Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.

Others

SABAK BERNAM
KM. 64 T/INTAN - KLANG,
KM. 62 T/INTAN - KLANG,
KM. 60 T/INTAN - KLANG,(KM.60 Sg.Nibong)
KM. 54 T/INTAN - KLANG
29.3th kilometre of Jalan Klang-Teluk Intan;

SUBANG JAYA KM 8.5 L/RAYA ELITE,
BENTONG KM40 L/RAYA KL-KARAK,
SPT(B/MERTAJAM) KM 142.6 LRUS,
HULU SELANGOR(KKB) KM 400 LRUS,
S/RIVER(B/PADANG) KM 122 JLN IPOH-K/LUMPUR

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN (yang mana aku tau)
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Lain2

1.13.5th kilometre of the Ayer Keroh Expressway

2. 33rd kilometre of Jalan Kuala Terengganu-Kuantan;

3. 81st kilometre of Jalan Jerangau-Jabor;

4. 51st kilometre of Jalan Alor Star-Butterworth;

5. 85.5th kilometre of Jalan Kuala Lumpur-Ipoh;

6. 29.3th kilometre of Jalan Klang-Teluk Intan;

7. 15th kilometre of Jalan Tampin-Segamat;

8. 36th kilometre of Jalan Kuantan-Kemaman;

9. Section 57, Jalan Kota Tinggi-Sg Rengit;

10.184th kilometre of Jalan Johor Baru-Seremban;

11. 83rd and 62nd kilometres of Jalan Gua Musang-Kuala Krai;

12. Jelutong Expressway in Penang;

Kalau rajin hafal la.. Sekurang2nya kite bleh detect kat maner hot sport speed trap nie..Kalau malas nak hafal jalan slow2.. Senang xde orang nak snap kete awak 2... Pakat elok2 dengan kete.. huhuhu .. Berhati2 di jalan raya.. Pandu cermat jiwa selamat.. Selamat pulang ke kampung...


P/s: Jalan Segamat-Labis, kat tenang station 2 selalu ada Speed Trap.. Situ 60 km/j.. Biasa camera dok kat bus stop, kat bawah jenjantas, kekadang kat celah2 pokok sawit.. Yang paling latest kat semak sebelum masuk tenang station
(kalau dari labis).. So jaga2.. Peace!!
SALAM..

Sunday, August 14, 2011

HACHIKO: A DOG STORY

SALAM..

Pejam celik pejam celik da separuh bulan puasa berlalu.. Terasa macam cepat sangat masa 2 berlalu.. Raya da tak lama lagi tapi apa pun xstandby lagi.. Baju raya, kuih raya, tukar duit pun blum lagi.. Aduh pening2.. huhu

Ok abis cite pasal raya.. Ari nie aku nak cerita pasal 1 movie nie.. Movie nie da lama, da lapuk berkulat, tapi minggu lepas aku baru tertengok kat ASTRO HBO.. Kalau xsilap aku movie nie dalam tahun 2009, 10.. Tue pun kebetulan, tertengok cite nie.. Tapi aku betul2 tersentuh dengan cite nie.. Sedihhhh... Terlayan sehh.. Sape2 yang xpernah tengok cube2 la tengok kat utube atau download kat gogel.. Lagi2 yang ada bela pet.. Tak kisah la anjing kek, kucing kek, ayam kek janji dia binatang pelihaan..


"Hachiko":A Dog Story..



Mengisahkan tentang seekor anjing yang sangat setia pada tuannya melebihi batasan kesetiaan bagi seekor anjing.. Kisah ni bermula ketika Profesor Parker Wilson (Richard Gere) terjumpa seekor anjing kecik di stesen keretapi Bedridge, Wonsocked, Amerika syarikat, Tempat dimana dia biasa pergi dan balik mengajar.. Anjing jenis Akita itu kemudian dibawak pulang ke rumah & diberi nama HACHIKO.. Parker & isterinye Cate (Joan Allen) menjaga anjing itu sehingga Hachiko besar.. Setiap masa parker menghabiskan waktu2nye bersama hachiko..



Suatu hari, ketika Hachiko yang sudah meningkat dewasa, Hachiko mengikut parker ke stesen ketika parker hendak pergi mengajar.. Parker terpaksa menghantar Hichiko kembali ke rumah.. Tanpa disangka2 Hachiko menunggu kepulangan Parker didepan stesen.. Sejak dari itu Hachiko selalu menghantar & menunggu kepulangan Parker dari mengajar.. Peniaga, Penumpang, Pekerja stesen & orang sekeliling semua mengenali Hachiko & menyanyangi, melayannye dengan baik..



Dan pada suatu hari Parker Wilson meninggal dunia kerana serangan jantung ketika sedang mengajar.. Hachiko seperti tidak memahami apa yang terjadi.. Selepas kematian parker, Cate menjual rumahnya & meninggalkan Bedridge.. Manakala Hachiko di pelihara oleh anak perempuan Parker, Andy Wilson(Sarah Roemer). Hachiko selalu lari dari rumah andy untuk pergi ke stesen berharap & menanti kepulangan tuannya... Andy akhirnya rela melepaskan Hachiko pergi..



Keunikan tingkah laku Hachiko itu menarik perhatian orang-orang sekeliling... Cerita tentang Hachiko turut dimuatkan di dalam akhbar2 sehingga Hachiko terkenal.. Kesetiaan Hachiko menanti Parker berlarutan sehingga 10 tahun.. Kesetiaan pada tuannya pun di bawak sampai ke mati...




~The Real Hachiko~
Pada tahun 1924, Hachiko telah dibawa ke Tokyo oleh pemilik, Hidesaburo Ueno, seorang profesor di jabatan pertanian di Universiti Tokyo.


Kisah benar seekor anjing nie berlaku di jepun & kini kerajaan jepun membina tugu khas tanda memperingati kisah hachiko di stesen keretapi Shibunya, Jepun.




Setiap haiwan ada hati & perasaan.. Bile kite sayangkan die, die pun tau sayangkan kita.. Jadi sayangila haiwan peliharaan korang.. Susah nak cari yang macam hachiko nie..

P/s: Pandai anjing 2 berlakon.. Nampak natural.. Dengan mimik muka, body language die.. Terbaik!!

SALAM..

Friday, August 12, 2011

XSIDENT..

SALAM...

Hari nie aku betul2 tension.. Pagi2 da spoil mood aku.. Belum ape2 kete aku da kena hentam... Alhamdulillah aku selamat.. Citenye macam nie.. Aku g keja macam biasa.. Lepas je traffic light aku dok la kat lorong kiri sebab aku nak belok kiri kat depan nanti.. Sebelah aku tue ada lori 1 tan.. Depan lori 2 ada kereta wagon.. Sekali wagon 2 nak belok kanan.. Aku jalan la macam biasa.. Tetiba lori main cilok masuk lorong aku.. Tak sempat nak honn.. Daaaaaammmm .. Kena sudah... Die hentam side mirror aku.. Terus terberenti kete.. Terkujat sekejap..





Tau2 da terkulai side mirror aku.. Pecah berderai cerminnye.. Kereta aku da rapat la kat tembok.. Apek bawak wagon start bising.. Kereta die pun kena juga.. Bodoh punya lori.. Kau ingat kau bawak kancil ke nak main cilok2.. Nasib baik xkena body kete.. Aku masa 2 panic.. Xmampu da nak snap2 gambo.. Sian kete aku.. Tanggal telinga die 1.. Xpe nanti kite belii telinga baru ye encik kete.. Kite beli pastu pasang anting2 skali...

Sok aku cite pasal telinga aka side mirrror baru tapi second hand.. Haah??!!.. huhuhu

P/S: Cantek plak kete xde side mirror.. Xpayah pasang bleh x?? hahaha

SALAM...

Wednesday, August 10, 2011

KADAR ZAKAT FITRAH 2011

SALAM..

Hari nie hari ke 11 kite puasa... Bila kata tiba je bulan Ramadhan, Semua umat Islam akan sibuk dengan berzakat.. Zakat adalah Rukun Islam ke-4 yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan... Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, tidak sempurna Rukun Islam seseorang tue..



Hukum Keluarkan Zakat


Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan ayat Al Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah itu bagi fakir, miskin, amil zakat, muallaf, hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan musafir. Ia satu kefarduan daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Ayat 60 Surah At Taubah.

Dalam hadis pula, antaranya hadis Jibril di mana jibril datang kepada Nabi S.A.W dalam rupa bentuk seorang lelaki. Apabila ditanya tentang Islam, Nabi S.A.W. menjawab, maksudnya: “Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan dan naik haji ke Baitullah jika mampu.” Riwayat Bukhari.

Dan juga mesti mencukupi nisab (harga emas semasa bagi 85gm) dan haul (setahun).


Berikut adalah kadar zakat fitrah 1432H bagi setiap negeri dan kawasan di Malaysia:




Waktu Keluarkan Zakat

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.

SALAM...

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA

SALAM..

Selamat berpuasa kepada semua sedara mara dan sahabat andai..





Hadis Anas r.a meriwayatkan: Apabila ramadhan bermula,
maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: "Sesungguh telah
datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu
malam yang terlebih baik daripada seribu bulan..."


SALAM...