Malam minggu yang memboringkan.. Nak keluar tapi xde member.. Nak xnak terpaksa la aku duduk menghadap depan tv.. Nasib baik banyak cite bleh layan..
Dari awal bulan ari tu aku tengok Disney Channel sibuk promote cite nie dengan kartun yang diorg kate paling famous & paling banyak menang award abad nie.. Ye ker?? Spirited Away cite tahun 2001 nie dibikin oleh Hayao Miyazaki & automaticnye jadi favorite anime aku.. Jom layan..
Mengisahkan tentang sorang budak (Chihiro) dengan ayah & ibunye dalam perjalanan untuk berpindah ke rumah baru dieorg... Masa on the way dieorg tersesat & xtersengaja?? masuk ke dalam dunia hantu... Di sebabkan sikap tamak ayah dengan ibunye, dieorg ditukar menjadi babi oleh ahli sihir (Yubaba) yang berkuasa di alam hantu n bakal di jadikan makanan..
~Yubaba~
Dengan bantuan Haku, Chihiro berkerja dengan Yubaba di sebuah tempat mandi untuk hantu2 bagi mendapatkan balik familynye.. Banyak benda yang bakal Chihiro lalui.. Kalau nak tau kesudahannye korang kena la cari cerita nie..
Chihiro @ Sen & Haku yang misteri..
Part nie buat aku ketawa xberenti2...
Trailer
Serius kalau korang minat cite2 anime, wajib tengok cerita nie.. Pada aku setiap minit cite nie xde langsung part yang memboringkan... Grafik die pn cantik.. so enjoy..
P/s: hantu pun pandai pegi sauna & spa.. Antu skrang xmoh busuk2.. huhu terasa nak tengok lagi... Best derr...
Lama gile aku xupdate blog nie.. Hampir2 terlupa yang aku nie ade blog.. Sejak2 umo meningkat semua benda jadi lupe.. Bertambah2 malas.. Ape nak jadi tah.. Hehehe.. Kali nie biar la aku cube tuk jadi rajin balik (BOLEH KERR??)..
Lupekan pasal 2.. Sekarang aku nak cerita pasal THE WONDER GIRLS MOVIE.. Masa sibuk2 belek lagu dalam Youtube, jumpe la video pasal movie nie.. Cekidau...
02/02/12 TEEN NICK Channel..
Mengisarkan tentang Wonder girls ke New York untuk road tour dieorg... Masa kat New York dieorg masuk ke Apollo(nama tempat) & bertanding dengan untuk memenangi wang rm10k.. Menang ker wonder girls?? Road tour?? Malas nak cite panjang2, korang tengok la sendiri.. Enjoy..
P/s: Korang dengar betul2 masa dalam cite nie.. Dieorg cakap HEBAT kan?? Ke aku yang pekak pastu pandai2 tokok??
Pejam celik pejam celik da separuh bulan puasa berlalu.. Terasa macam cepat sangat masa 2 berlalu.. Raya da tak lama lagi tapi apa pun xstandby lagi.. Baju raya, kuih raya, tukar duit pun blum lagi.. Aduh pening2.. huhu
Ok abis cite pasal raya.. Ari nie aku nak cerita pasal 1 movie nie.. Movie nie da lama, da lapuk berkulat, tapi minggu lepas aku baru tertengok kat ASTRO HBO.. Kalau xsilap aku movie nie dalam tahun 2009, 10.. Tue pun kebetulan, tertengok cite nie.. Tapi aku betul2 tersentuh dengan cite nie.. Sedihhhh... Terlayan sehh.. Sape2 yang xpernah tengok cube2 la tengok kat utube atau download kat gogel.. Lagi2 yang ada bela pet.. Tak kisah la anjing kek, kucing kek, ayam kek janji dia binatang pelihaan..
"Hachiko":A Dog Story..
Mengisahkan tentang seekor anjing yang sangat setia pada tuannya melebihi batasan kesetiaan bagi seekor anjing.. Kisah ni bermula ketika Profesor Parker Wilson (Richard Gere) terjumpa seekor anjing kecik di stesen keretapi Bedridge, Wonsocked, Amerika syarikat, Tempat dimana dia biasa pergi dan balik mengajar.. Anjing jenis Akita itu kemudian dibawak pulang ke rumah & diberi nama HACHIKO.. Parker & isterinye Cate (Joan Allen) menjaga anjing itu sehingga Hachiko besar.. Setiap masa parker menghabiskan waktu2nye bersama hachiko..
Suatu hari, ketika Hachiko yang sudah meningkat dewasa, Hachiko mengikut parker ke stesen ketika parker hendak pergi mengajar.. Parker terpaksa menghantar Hichiko kembali ke rumah.. Tanpa disangka2 Hachiko menunggu kepulangan Parker didepan stesen.. Sejak dari itu Hachiko selalu menghantar & menunggu kepulangan Parker dari mengajar.. Peniaga, Penumpang, Pekerja stesen & orang sekeliling semua mengenali Hachiko & menyanyangi, melayannye dengan baik..
Dan pada suatu hari Parker Wilson meninggal dunia kerana serangan jantung ketika sedang mengajar.. Hachiko seperti tidak memahami apa yang terjadi.. Selepas kematian parker, Cate menjual rumahnya & meninggalkan Bedridge.. Manakala Hachiko di pelihara oleh anak perempuan Parker, Andy Wilson(Sarah Roemer). Hachiko selalu lari dari rumah andy untuk pergi ke stesen berharap & menanti kepulangan tuannya... Andy akhirnya rela melepaskan Hachiko pergi..
Keunikan tingkah laku Hachiko itu menarik perhatian orang-orang sekeliling... Cerita tentang Hachiko turut dimuatkan di dalam akhbar2 sehingga Hachiko terkenal.. Kesetiaan Hachiko menanti Parker berlarutan sehingga 10 tahun.. Kesetiaan pada tuannya pun di bawak sampai ke mati...
~The Real Hachiko~
Pada tahun 1924, Hachiko telah dibawa ke Tokyo oleh pemilik, Hidesaburo Ueno, seorang profesor di jabatan pertanian di Universiti Tokyo.
Kisah benar seekor anjing nie berlaku di jepun & kini kerajaan jepun membina tugu khas tanda memperingati kisah hachiko di stesen keretapi Shibunya, Jepun.
Setiap haiwan ada hati & perasaan.. Bile kite sayangkan die, die pun tau sayangkan kita.. Jadi sayangila haiwan peliharaan korang.. Susah nak cari yang macam hachiko nie..
P/s: Pandai anjing 2 berlakon.. Nampak natural.. Dengan mimik muka, body language die.. Terbaik!!