Friday, October 29, 2010

KUALA KANGSAR - Labu Sayong

SALAM..
10 Oct 2010~~ Akhirnye sampai gak kat bandar diraja kuala kangsar... Mata da mengantuk, badan melekit2.. Sedap kalau dapat mandi nie.. Ape2 pun settlekan satu2 dulu.. Tempat pertama kiteorg tuju kedai labu sayung.. Kenapa xtunggu esok?? Sebab aku nak gerak ke kelantan awal pagi.. Alang2 baik beli dulu.. Krang langsung xdapat beli.. Mula2 aku berenti kat 1 kedai labu sayung kat tepi jalan beso.. Bile survey harga mahal plak.. Baik aku masuk dalam sket.. Pegi kat tempat buat labu sayung.. Lagi murah...






Biasa kalau aku nak beli labu sayong nie aku pergi 1 tempat nie.. KAMPUNG KEPALA BENDANG (kalau xsilap aku la).. Kalau sampai kuala kangsar terus naik JAMBATAN SULTAN ABDUL JALIL.. Lepas je jambatan korang akan jumpe trafic light simpang 3.. Kat trafic light 2 korang akan nampak ada 1 labu sayong besar punya.. korang masuk kanan ye.. Korang jalan lagi.. Sampai jumpe 1 selekoh.. Kat selekoh tue ada masjid kat sebelah kiri.. Sebelum masjid ada 1 jalan (paham ker??).. Masuk jalan tue dan korang akan jumpe banyak kedai jual labu sayong..




Kalau nak beli labu sayong sini la tempat yang selalu aku singgah.. Kebanyakkan kedai2 lain malam2 da tutup.. Lagipun umah owner kedai kat belakang kedai je.. Korang panggil je.. Sekejap lagi sampai arr..



Contect2 la sendiri ye..



Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak.



Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas
diperoleh dari kampung tersebut. Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.




Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan sepertibunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.





Habis sudah beli labu sayong.. Setengah kete da penuh dengan barang.. hahaha.. Sekarang balik semua ke kuala kangsar.. Cari hotel untuk bermalam aka tido.. Pusing2 akhirnye dapat gak hotel badget.. Rm50 je.. Murahkan..Ade aircord, astro, katil double n single, kira lengkap la..Sebab ape murah? Sebab biliknye atas restoran.. Macam2 bunyi ada.. Bising.. Xkisahla..




Memandangkan masih awal lagi kiteorg pun kuar la amek angin.. Pukul 10pm ape pun da xde.. Kawasan lengang.. Xde benda nak buat jadi kiteorg bergambar je la..


Mpkk.. Rasanye baru lagi nie.. Dulu pegi xde..







Menara jam Kuala Kangsar.. Memang cantik bila waktu malam..
















Bile la kapal terbang nie nak belepas.. Penat tunggu..


Da2 jom balik.. Sok nak sambung jalan lagi.. Walaupun keadaan kat bilik bising aku tengok ejal letak je kepala terus tido.. Aku rasa aku pun xde masalah sebab aku memang da mengantuk gile nie.. Sambung lain kali ye...

SALAM..














Thursday, October 28, 2010

KUALA SEPETANG - Mee Udang Mak Teh

SALAM... 10 Oct 2010~~Bila kata jalan jauh nie cepat no perut rasa lapar.. Asyik nak makan je.. Mula la perut berkaraoke.. Time nie nampak kayu goreng tepung pong sodap.. So masa OTW ke kuala kangsar kiteorg singgah sekejap kat taiping.. Nak laksanakan hajat yang dari dulu xtercapai2 lagi... Asyik tengok kat tv je.. Moh kite ke WARONG MAK TEH..





Kalau korang da sampai je taiping terus je cari signboard ke kuala sepetang.. Sepanjang jalan menghala ke warong mak teh korang akan jumpe banyak warong yang nama seakan2 nama mak teh macam mak jah, mak nah (nama2 nie aku reka sebab aku lupe nama warong2 lain) n macam2 mak lagi.. So cari sampai jumpe WARONG MAK TEH.. Korang tengok je tepi jalan kalau banyak kete 2 warong mak teh arr 2..




Nie dia warong mak teh.. Sape mak teh?? Nape dengan dia?? Sah2 la korang xtengok tv.. Da banyak kali rasanya keluar tv.. Kalau xsilap aku dalam jalan2 cari makan, warong kita, majalah 3 & macam2 lagi la... Kalau korang nak tau warong mak teh nie famous dengan MEE BANJIR UDANG.. Penuh dengan udang beb..








Kiteorang sampai pun da agak petang juga.. Nasib baik xramai... Kalau hari cuti orang jangan cakap la.. Ramai xhingat.. Raya cina lepas aku datang hanya sempat jamah air je.. Orang ramai.. Servis lambat.. Pastu panas mengila.. Terpaksala angkat kaki cari kedai lain.. Pesan aku datang la hari biasa..



Wajah2 yang ceria walaupun kelaparan.. Niat masing2 da tercapai nak makan mee udang banjir mak teh.. Maner gambar aku?? Xpayah la tunjuk sebab aku da xmampu nak bergambar..




Kiteorg ingat nak order lain2 sebab bleh share2 (Sharing is caring).. Aku nie da lapar sangat.. So aku order nasi goreng udang.. "Nasi abis dek"... Aduh kempunan aku.. Aku xteragak nak makan benda berkuah jadi aku order la mee goreng udang.. Ejal dengan zull order mee banjir udang.. Kalau korang nak tau harga mengikut udang.. RM 6, 10 dengan 12.. Rm 6 udang bela.. RM 10 dengan 12 nie udang laut.. Tapi aku xtau beza2 harga.. Mungkin rm12 tue lebih udang kot..




Mee Goreng Udang.. Sedappp!! Mesti cuba.. Aku rasa udang dalam 10++ ekor .. Terase manis udang 2.. Korang xterliur ker??




Mee Banjir udang.. Pada aku biasa je.. Tekak aku la..




ABC.. Yum2.. Nape orang panggil ABC??




Kau ngapa?? Sedap ea??..





Sisa2 kulit udang.. Tengok tue baru order 3 pinggan.. Kalau 10 pinggan mau penuh meja dengan kulit.. Pada yang ada resdung jangan la makan ye.. Ada karang yang garu hidung pakai garfu..




Sedut2... Kasi habis..





Perut kenyang hati senang.. Alhamdulillah.. Kalau sampai taiping bleh singgah lagi.. Sebarang pertanyaan bleh call kat no 2.. Call la tanya maner tau mak teh ada buat deliverry.. Haikk

SALAM...

Wednesday, October 27, 2010

ALOR STAR- Rumah Kelahiran Mahathir

Salam & Selamat Sejahtera...

10 Oct 2010~Masih lagi kat alor star.. Masa on da way ke kuala kangsar jumpe signboard Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad.. Alang2 da terjumpe yok la singgah skali.. Kite tengok ape yang ada dalam rumah tun dr mahathir nie...




Signboard ke rumah Tun Dr Mahathir.. Xjauh dari simpang besar..




Pintu masuk.. Masuk PERCUMA, tapi ada larangan mengambil gambar kat dalam rumah mahathir.. Nak tau apa ada kat dalam kenala datang sendiri..




Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah.





Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya.





Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan.





Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir. Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.





Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.




Tempayan isi air untuk basuh kaki sebelum naik rumah.. Benda wajib untuk rumah2 lama..





Kilang ais yang pertama di Alor Setar. Rumah Tun Dr Mahathir terletak berhampiran dengan kilang ini. Korang bayangkan macam mana bisingnye kilang tapi xmenghalang tun dr mahathir untuk berjaya sehingga menjadi seorang doktor dan pemimpin negara.





Habis sudah lawatan di rumah kelahiran mahathir mohamad.. Xrugi sebenarnye datang.. Banyak info2 yang bleh kite dapat.. Lagipun masuk percuma.. Perut da start berkaraoke.. Ngam2 kuar je terus nampak kedai nie.. Malas da nak cari2 lain..




Ini dia Pak Ein Nasi Tomato..





Tengok berapa banyak dia punya lauk.. Korang bleh pilih sama ada nak nasi puteh atau pun nasi tomato.. Makanye tengah lapo sampai xtau nak pilih ape.. Semua nampak sedap.. Last2 aku amek nie..




Nasi Tomato dengan ayam masak merah dan sayur kacang.. Sedap beb!!..




Ejal punya.. Sedap juga katenye.. Banyak sangat campuran aku xtau ape die makan..


Yang nie zull punya.. Lebih kurang mcm aku gak...



Clean n Clear.. hehehe 1 hidangan + dengan air baru rm 4.50.. Pada aku kira murah la... Yang penting sedap.. kira berbaloi la.. Hai singgah sana singgah sini kol berapa nak sampai kuala kangsar nie.. Perjalanan masih jauh lagi.. Ape2 kite gerak dulu.. See ya...


SALAM....

Tuesday, October 26, 2010

ALOR STAR - Muzium Diraja Kedah

Salam & Selamat sejahtera..
10 oct 2010~ Bangun awal sebab kemas2 nk check out.. Mata still mengantuk lagi.. Mana xnya tido lewat.. Terpaksa juga bangun sebab "Mereka2" sudah bising.. BANGUN!! haha Ilang mengantuk kena sergah.. Program ari nie pusing2 kat kota setar pastu terus ke kuala kangsar.. Tido kat sana plak.. Sebelum nie aku da pernah sampai as.. Tapi xde masa nak merayap.. So trip kali nie nak g terjah ape yang ada kat as nie.. Bermula la lawatan sambil belajar.. Hehehe :)







Masjid Zahir, Alor Star..

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.




"Mereka2" sepakat pakai t-shirt kedah.. Kedah menang beb.. Bangga sekejap..




Tinggi dari aku sket je.. Da bleh jadi ultramen nie.. hiakkkk..




Muzium Diraja Kedah..

Bangunan ini yang berasal dari "Istana Kota Setar" merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) iaitu pengasas Bandar Alor Star dalam tahun 1735. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821).

Bangunan batunya telah disiapkan pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Baginda pernah bersemayam di istana ini bersama permaisurinya Wan Hajar Wan Ismail atau dikenali dengan panggilan "Mak Wan Besar". Kerana itu, istana ini juga terkenal dengan nama "Istana Mak Wan Besar".

YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga telah diputerakan bersebelahan dengan istana ini (Bangunan Pagoda, yang kini sudah tiada lagi) pada 8 Februari 1903 dan pernah dibesarkan di istana ini sewaktu ayahandanya Almarhum Sultan Abdul Hamid dan bondanya Mak Che Manjalara bersemayam di sini.

Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" apabila ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Upacara perkahwinan secara besar-besaran ini mengambil masa tiga bulan dalam tahun 1904.

Selepas tahun 1941, istana ini pernah digunakan sebagai sekolah dan pejabat beberapa persatuan termasuk Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap. Pada 25 Julai 1983, bangunan istana ini diisytiharkan sebagai "Muzium Diraja Kedah




Waktu Melawat.. Jangan datang hari raya.. Raya xbukak..




Kat depan muzium nie ada banyak meriam pelbagai saiz.. Nie salah satunye... Agak2 bleh pakai lagi x? Pinjam time raya bagus nie.. Lawan dengan meriam buluh... Xpecah punya...




Aku dengan meriam katak??.. Meriam besar tp mulut kecik.. Pakai peluru ape nie?? Raya bleh pinjam la..



Beca.. Kalu balik segamat naik nie agak2 bile sampai??...





Lepas je dari tangga nie da xbleh nak snap gambar.. Pakcik dgn makcik guard da standby dgn cota.. Korang test la angkat kamera.. Jap lagi makcik guard da jeling2... Setiap geri gerak (hehehe) anda diperatikan melalui cctv.. cehh wa.. Kat bahagian dalam 2 ada macam2 barangan lama istana.. Dari keris, pinggan, dan mcm2 lagi la..



Antara penerangan yang ada.. Sila keluarkan buku nota & buat ringkasan ye.. Salin2..




Souvenirs..

Habis sudah lawatan di muzium diraja kite ke balai seni negeri.. Kebetulan masa kiteorg nak masuk ada 1 rombongan bas sampai.. So join la skali lawatan sambil belajar kiteorg..

Sebelum masuk pose dulu... kekeke.. Bukti aku da sampai sini..




Tak banyak yang menarik kat dalam kecuali nie.. Mini house... Cantek.. Halus je buatannya.. Da macam rumah betul.. Rasa macam nak masuk & duduk kat dalam.. Tetiba terasa nak jadi babydoll.. hahaha..




Plan nye nak naik menara alor star nie.. Tapi sampai sana tempat tue tutup.. Under repair.. Kempunan kawan nak naik.. Xpe kalau ada rezeki kite naik ye..


Kiteorg jalan dulu ye.. Ada rezeki datang lagi.. Siap sedia untuk ke kuala kangsar.. Go Go Go..




P/S: Lalu je.. Tak singgah pun.. Xde benda nak beli kat sini...



SALAM....