Saturday, August 28, 2010

NOVEL OMBAK RINDU DIJADIKAN FILEM...


Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

OMBAK RINDU karya hasil dari FAUZIAH ASHARI.. Bleh dikatakan salah satu novel fames kat malaysia.. Novel nie ada sequel die, cinta.. tiada akhirnya & rindu cintaku..

Walaupun berita nie agak lambat aku terima tp xsalah rasanye kalau aku kongsikan dgn korang... Dari info yg aku dapat novel ombak rindu akan difilemkan... Mcm filem lagenda budak setan tue.. Penggambaran pun da selesai.. Bile nak ditayangkan tue masih blum ada info lagi..

Senarai pelakon2 filem ombak rindu (info dr fb lisa surihani)...

Izzah : Maya Karin
Hariz : Aaron Aziz
Mila : Lisa Surihani
Wafiah : Umie Aida

Kenapa Maya Karin pegang watak izzah?? Pada aku kurang sesuai.. kalau lisa surihari mungkin la.. Ape2 pun harap2 maya bleh bawak watak izah 2.. Kepada peminat2 novel ombak rindu sama2 kite tunggu kemunculannye.. Kite tunggu hasilnye.. Harap2 xlari jauh dari novelnye..

SALAM..

No comments:

Post a Comment