Wednesday, August 10, 2011

KADAR ZAKAT FITRAH 2011

SALAM..

Hari nie hari ke 11 kite puasa... Bila kata tiba je bulan Ramadhan, Semua umat Islam akan sibuk dengan berzakat.. Zakat adalah Rukun Islam ke-4 yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan... Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, tidak sempurna Rukun Islam seseorang tue..



Hukum Keluarkan Zakat


Hukum mengeluarkan zakat adalah wajib berdasarkan ayat Al Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah itu bagi fakir, miskin, amil zakat, muallaf, hamba, orang yang berhutang, pada jalan Allah dan musafir. Ia satu kefarduan daripada Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Ayat 60 Surah At Taubah.

Dalam hadis pula, antaranya hadis Jibril di mana jibril datang kepada Nabi S.A.W dalam rupa bentuk seorang lelaki. Apabila ditanya tentang Islam, Nabi S.A.W. menjawab, maksudnya: “Islam ialah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan dan naik haji ke Baitullah jika mampu.” Riwayat Bukhari.

Dan juga mesti mencukupi nisab (harga emas semasa bagi 85gm) dan haul (setahun).


Berikut adalah kadar zakat fitrah 1432H bagi setiap negeri dan kawasan di Malaysia:




Waktu Keluarkan Zakat

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan keberkatan-Nya sepanjang bulan Ramadhan 2011.

SALAM...

No comments:

Post a Comment