SALAM..
Pejam celik pejam celik da separuh bulan puasa berlalu.. Terasa macam cepat sangat masa 2 berlalu.. Raya da tak lama lagi tapi apa pun xstandby lagi.. Baju raya, kuih raya, tukar duit pun blum lagi.. Aduh pening2.. huhu
Ok abis cite pasal raya.. Ari nie aku nak cerita pasal 1 movie nie.. Movie nie da lama, da lapuk berkulat, tapi minggu lepas aku baru tertengok kat ASTRO HBO.. Kalau xsilap aku movie nie dalam tahun 2009, 10.. Tue pun kebetulan, tertengok cite nie.. Tapi aku betul2 tersentuh dengan cite nie.. Sedihhhh... Terlayan sehh.. Sape2 yang xpernah tengok cube2 la tengok kat utube atau download kat gogel.. Lagi2 yang ada bela pet.. Tak kisah la anjing kek, kucing kek, ayam kek janji dia binatang pelihaan..
"Hachiko":A Dog Story..
Mengisahkan tentang seekor anjing yang sangat setia pada tuannya melebihi batasan kesetiaan bagi seekor anjing.. Kisah ni bermula ketika Profesor Parker Wilson (Richard Gere) terjumpa seekor anjing kecik di stesen keretapi Bedridge, Wonsocked, Amerika syarikat, Tempat dimana dia biasa pergi dan balik mengajar.. Anjing jenis Akita itu kemudian dibawak pulang ke rumah & diberi nama HACHIKO.. Parker & isterinye Cate (Joan Allen) menjaga anjing itu sehingga Hachiko besar.. Setiap masa parker menghabiskan waktu2nye bersama hachiko..
Suatu hari, ketika Hachiko yang sudah meningkat dewasa, Hachiko mengikut parker ke stesen ketika parker hendak pergi mengajar.. Parker terpaksa menghantar Hichiko kembali ke rumah.. Tanpa disangka2 Hachiko menunggu kepulangan Parker didepan stesen.. Sejak dari itu Hachiko selalu menghantar & menunggu kepulangan Parker dari mengajar.. Peniaga, Penumpang, Pekerja stesen & orang sekeliling semua mengenali Hachiko & menyanyangi, melayannye dengan baik..
Dan pada suatu hari Parker Wilson meninggal dunia kerana serangan jantung ketika sedang mengajar.. Hachiko seperti tidak memahami apa yang terjadi.. Selepas kematian parker, Cate menjual rumahnya & meninggalkan Bedridge.. Manakala Hachiko di pelihara oleh anak perempuan Parker, Andy Wilson(Sarah Roemer). Hachiko selalu lari dari rumah andy untuk pergi ke stesen berharap & menanti kepulangan tuannya... Andy akhirnya rela melepaskan Hachiko pergi..
Keunikan tingkah laku Hachiko itu menarik perhatian orang-orang sekeliling... Cerita tentang Hachiko turut dimuatkan di dalam akhbar2 sehingga Hachiko terkenal.. Kesetiaan Hachiko menanti Parker berlarutan sehingga 10 tahun.. Kesetiaan pada tuannya pun di bawak sampai ke mati...
~The Real Hachiko~
Pada tahun 1924, Hachiko telah dibawa ke Tokyo oleh pemilik, Hidesaburo Ueno, seorang profesor di jabatan pertanian di Universiti Tokyo.
Kisah benar seekor anjing nie berlaku di jepun & kini kerajaan jepun membina tugu khas tanda memperingati kisah hachiko di stesen keretapi Shibunya, Jepun.
Setiap haiwan ada hati & perasaan.. Bile kite sayangkan die, die pun tau sayangkan kita.. Jadi sayangila haiwan peliharaan korang.. Susah nak cari yang macam hachiko nie..
P/s: Pandai anjing 2 berlakon.. Nampak natural.. Dengan mimik muka, body language die.. Terbaik!!
SALAM..
frankly speaking..citer yg sgt best & menitiskan air mata..
ReplyDeletetau xpe.. part last 2 yang sedih...
ReplyDeletedah banyak kali tengok orang kata story ni best tapi aku tak tengok tengok lagi..
ReplyDeletemmg sedap azim.. sedih citenye..
ReplyDelete