SALAM...
11 Oct 2011~~Argghhh pagi2 da kena gegar suh bangun.. Malas betul nak bangun.. Selamat hari isnin.. Sekejap je da senin.. Cepat btul masa jalan.. Kalau time keja rasa lambat je jarum jam 2 bergerak... Kite g sarapan dulu.. Sesi mengisi perut.. Aku g lepak kat kedai2 area sungai kuala kangsar.. Park je kete terus jumpe 1 gerai nie.. Kueh pun banyak.. Tapi lebih kurang je dengan kat johor..
Kat depan jeti ada gerai.. Malas nak cari kedai lain, balun je la... Kite sarapan dulu.. Aku tengok awal2 pagi da ada lauk pauk.. Alang2 da ada tue baik breakfast + lunch sekali.. jimat.. kekeke.. Macam2 ulam ada.. Siap ada sesi belajar mengenal ulam oleh makcik2 yang ada kat situ.. Orang johor dengan orang kuala beborak.. Kecoh.. Yang penting korang tengok sambal belacan die.. Hamik kau.. 1 tray besar ye.. Buat lawan dengan ulam..
Masa nak balik ke kereta terperasan 1 gerai nie.. Panas hati betul la.. Aduh macam maner
bleh xperasan.. Pau & laksa kuala kangsar.. Benda yg famous kat kuala kangsar.. Sebelum nie
ada member ckp pau kat 1 kopitiam (lupe nama kopitiam 2) nie sedap.. Sampai sultan pun beli kat situ.. Tapi bile pegi sana pau kol 2 baru ada.. Kol 2 aku da nak gerak.. Nak makan perut da penuh.. Tapau saja la.. Karang kempunan.. Tapau pau ayam, kacang merah dengan kelapa.. Harga bleh tahan murah.. Besar gile beb..
Muzium DiRaja Kuala Kangsar (dahulunya dikenali dengan nama-nama seperti Istana Kenangan, Istana Lembah atau Istana Tepas) telah didirikan pada tahun 1926 oleh seorang tukang kayu Melayu yang bernama Haji Sopian dan dibantu oleh dua orang anaknya, mereka ini berasal dari Seberang Perai.
Muzium Diraja Kuala Kangsar dibina atas perintah D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah
(Marhum Kaddasallah) sebagai tempat bersemayam sementara, disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara. Baginda D.Y.M.M. Almarhum Sultan Iskandar Shah bersemayam di Istana Kenangan ini mulai dari tahun 1931 hingga tahun 1933. Setelah baginda berpindah ke Istana Iskandariah, ia dijadikan Istana Tetamu terutama di hari-hari Perayaan DiRaja seperti hari keputeraan, perlantikan orang-orang besar Perak dan lain-lain Istiadat DiRaja Perak Darul Ridzuan.
Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan ( kayu jenis berlian ). Paku-paku besi tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik yang menggunakan tepas yang diam dengan corak-corak anyaman Melayu Tradisional.
Bangunan ini dibina di atas enam puluh batang tiang, di mana panjangnya lebih kurang 41 meter dan lebarnya 11 meter. Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah padang yang tersimpan di dalam sarungnya. Bahagian tengah di atas bangunan ini ditempatkan sebuah singgahsana. Tingkat bawah bangunan ini pula digunakan sebagai pejabat rasmi Baginda, di mana ia mempunyai lantai simen dan disekelilingnya ditutup dengan bidai.
Nama Istana Kenangan telah diberikan pada tahun 1960-an setelah diperbaiki dengan dayausaha Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Istana Kenangan diduduki oleh keluarga DiRaja Perak sehingga tahun 1982, apabila Almarhum Sultan Idris II telah berkenan menyerahkannya di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Pada tahun 1986, ia dijadikan Muzium DiRaja, di mana penyelenggaraannya diserahkan kepada Pentadbiran Negeri Perak Darul Ridzuan. Pada 16 November 1986, Muzium DiRaja Perak ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
Kiteorg menuju ke bukit chandan..Tempat pertama aku tuju muzium diraja perak.. Aku xmasuk lg muzium nie walaupun banyak kali sampai sini.. Mana xnye sampai mesti da tutup.. Bukak sampai kol 5 je.. Aku kalau sampai kuala kangsar mesti da petang... kalau xpetang mesti malam.. Xde peluang nak masuk.. Dan kali nie pun aku xdapat masuk lagi sebab muzium sedang direnovation.. aduhhhhh.. Panasnye ati!! Aku kempunan lagi.. Time aku datang baru nak renovation.. Kalau kiteorang datang buat kajian atau assignment dieorang bagi masuk.. Kalau aku tau aku tipu je dieorang.. Cakap nak buat assignment.. hehehe.. Xbaik tipu2..
Zull pun kecewa gile xdapat masuk.. Kecewa ker?? Aku berpuluh2 lagi kecewa.. Tah bile dapat masuk... hehehe Dapat bergambar pun jadi la..
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.
Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.
Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.
Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.
Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.
Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.
Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Hehehe copy & paste je kejanye.. Sebenarnya banyak lagi tempat bersejarah kat kuala kangsar nie.. Tapi xmasa cukup nak explore semua tue.. Cutinye berapa kerat no.. Tapi semua tempat nak pegi... Hehehe.. Selamat Tinggal Kuala Kangsar.. Selamat Datang Kota Bharu...
SALAM..
No comments:
Post a Comment