Tuesday, September 28, 2010

AIDILFITRI D BATU PAHAT + MAGIKA..

Salam & Selamat Sejahtera..

24 Sept 2010 .. Pagi 2 aku tengok la Malaysia Hari Ini(MHI).. Dieorang bincangkan pasal filem "Magika".. Aku lupa sape yg ditemubual.. Bile tengok intro & sedutan filem rasa macam best plak.. Kena tengok nie.. Ape lagi terus aku call ejal dengan zull.. Dieorang nie set je.. Alang2 sampai bp 2 bleh pegi beraya uma cinot skali.. Dari hari 2 nak pegi.. Tapi xjuga sampai2.. Tunggu zull balik kerja dulu.. Kol 8 baru kiteorang gerak..




On the way ke batu pahat.. Nak menyelit juga yang belakang 2..



Nape ketat muka 2?.. Tegak kejong je..

Wei isi 2 keping je ker? hehehe



Kiteorang da plan.. Nak tengok cite magika, midnight.. Sekurang2nya ada banyak masa kat uma cinot nanti.. Almaklum la lama xjumpa.. So kiteorang terus ke MBO Square One sebab nak beli tiket dulu.. Karang kalau datang malam2 da xde ape.. Malas nak terkejar2.. Dengan baju melayu lengkap dengan samping aku dengan zull berlari.. Nasib baik la aku pakai selipar.. Zull pakai capal.. Da macam lari pakai heel.. Bising.. Kelam kabut sampai ada promoter sound nak beraya kat atas ke bang.. hahaha.. Memang nak beraya.. 2 yang cepat kiteorang lari.. Semput.. Nasib baik xterlucut samping..




Magika.. Mbo Square One Batu Pahat..

Petang tue zull da telepon cinot untuk mendapatkan kebenaran beraya(hahaha ayat xhingat).. Janji dengan cinot 9.30pm sampai uma die.. Tapi 9.30pm kiteorang kat mbo.. Xpela pelan2..Kiteorang nie da la 1st time pegi uma cinot.. Berpandukan alamat yang di sms, kiteorang cari la rumah die.. Dari Mbo terus ke tongkang pecah.. Masuk simpang ke parit sulung.. Agak jauh juga masuk dalam 2.. Pusing2 cari Parit Mustapa.. Errrrr.. Xjumpe arrr.. Pening nie pusing2... Terpaksa la tanya orang.. Nasib baik orang kenal laki cinot.. fames juga laki kau.. Bile masuk parit mustapa cari masjid.. Uma cinot selang 3 buah dari masjid je.. Tengok2 cinot da tunggu depan uma... Ampun cinot..



Ini la cinot dengan laki & Anak2 die.. Sorry kiteorang datang malam2 nie..


Cinot buatkan kiteorang Mee Goreng dgn popia Goreng.. Alah susah2 aje.. Kalau ada telo goreng, telo dadar ke lagi sedap.. haha Gurau je..


Sesi melihat gambar raya sambil makan..



Kueh dan mueh..


Aku semestinye..


Zull & akim??... Uikss..


Zull & Cinot..


Masa borak2 cinot keluarkan la gambar kawin die.. Tengah belek2 gambar terjumpa la gambar2 lama budak2 felda.. Ramai tue.. Gambar zull masa muda2 (sekarang kau da tua ye) pun ada.. Tue kalau aku dapat aku scan masuk fb.. Bleh jadi bahan..


Kenangan raya 2010 dengan keluarga cinot.. Thank ye..


Dari uma cinot kiteorang ikut jalan maner tah tau2 tembus jalan Muar-Bp.. Dalam 30minit sampai mbo square.. Memandangkan 1st time tengok midnight terpaksa la tanya pakguard kat maner jalan untuk masuk cinema.. Ada la juga mata2 yang pelik tengok kiteorang nie berbaju melayu lengkap (dengan samping beb).. Korang nak tengok, nak cakap ape pun ada aku kesah.. Raya sebulan beb (ayat wajib time raya)..


Sebelum masuk cinema..


Asyik korang je.. Aku la plak..


Suka tengok bintang2 biru 2..


oiii tido ke ape..


Aku suka dengan deko dalam mbo nie.. Nampak Moden + Classic.. Sepatutnya cinema 7 belum bukak lagi.. Tapi di sebabkan banyak sangat minum air kat uma cinot tadi buat aku nak terkencing.. So cakap dengan penjaga tiket kiteorang nak ke tandas.. Sementara nak tunggu 2 sempat la juga snap gambar kat dalam.. hehehe



Kenapa "2" ? Tak tau la mungkin masa tu "2" yang paling dekat dengan aku... Nampak aku x?


Sementara nak tunggu tu.. Snap2..



Jangan tengok muka zull.. Fokus yang kat atas 2.. Cantik kan..


Aku dengan seribu bayang..


Lambat sangat ejal snap.. Tengok aku da terpandang tempat lain..



Tengok la pintu die.. Classic + Moden..


Cantik yang belakang 2... Syoooooohh.. Cerita nak start.. Da la sejuk gile dalam nie.. Zull siap tanggal samping buat selimut.. Boleh??





"Magika" menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca utama kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut juga terperangkap didalam “Magika”.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di “Magika” membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan. Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Mahsuri, Hang Tuah dan Panglima-Panglima Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari “Magika”? Apa akan terjadi kepada Badang, Nenek Kebayan dan watak-watak lain di “Magika”? Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

Secara keseluruhannya, “Magika” mempunyai nilai dan mesej tersendiri yang boleh dijadikan sebagai tauladan. Antaranya nilai kekeluargaan dalam menangani masalah, kepercayaan orang melayu lama dengan pelbagai pantang larang, elemen-elemen fantasi dongeng dan pepatah melayu lama seperti jangan bermain di waktu senja dan banyak lagi.
Penggambaran filem ini mengambil masa selama 30 hari dan dijalankan di beberapa buah lokasi seperti FRIM, UPM, Putrajaya, Ulu Yam dan sebuah studio di Batu Caves.

“Magika” bukan sekadar menampilkan barisan pelakon yang hebat, malah muzik yang di lampirkan bersama sebagai penyampaian dialognya juga bukan sesuatu yang boleh di pertikaikan kehebatannya. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem ini seperti “Penyembuh Rindu”, “Senyummu Lagi” dan “Kehilangan” nyanyian Mawi dan Diana Daniele, “Gebang” (Maya Karin), “Baik Kau Pulang Segera” (Aznil Hj Nawawi, Diana Daniele, Raja Azura), “Asal Menjadi Cantik” (Ning Baizura), “Rahsia Awet Muda” (Ziana Zain), “Siapa Lebih Berkuasa” (Mawi, Ziana, Fimie Don, Diana Daniele), “Kita Bersaudara” (KRU), “Tidur Dulu” (Dato’ Jalaluddin, Ogy Ahmad Daud, Diana Danile, Fimie Don), “Mana Nak Lari” (Sharifah Aleya & Amani, Adibah Noor, Ziana Zain), “Naga Tasik Chini” (M.Nasir, Mawi, Diana Daniele, Fimie Don), “Magika” &”Selamat Tinggal” (nyanyian ramai).
Lagu-lagu ini dimuatkan dalam cakera padat “Magika Original Soundtrack” dengan berharga RM19.90 dan juga boleh di beli secara online melalui laman web www.krustudios.com. Lagu ini turut boleh dijadikan sebagai nada pemanggil di telefon bimbit anda khususnya pengguna prabayar celcom blue.Sebagai langkah mempromosikan filem “Magika”, KRU Studios dan prabayar celcom blue bersepakat dalam menyediakan pelbagai aktiviti promosi bergerak ke seluruh Malaysia.

saksikan “Magika” filem yang bakal menjadi fenomena industri perfileman tempatan sekaligus menjadi filem muzikal pertama terbitan produksi tempatan yang akan berada di pawagam pada 23 September 2010.


Pada aku best cite magika nie.. Bile time menyanyi tue siap ada lirik kat bawahnya.. Siap ada yang menyanyi.. Terasa filem nie pendek n sekejap je.. Lepas nie nak g cari album ost magika.. Lagu2 die semua bleh layan.. Jumpe lagi..



SALAM..

2 comments:

  1. aiyoohhhh..cinotkah itewww?? x kenal dah uoolllsss..tumbesaran very the! opss!!

    ReplyDelete
  2. kiteorang pun terkejut gak(walau pun xkenal).. laki dia xkasi kurus..

    ReplyDelete