Masjid Zahir, Alor Star..
Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.
Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak.
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.
"Mereka2" sepakat pakai t-shirt kedah.. Kedah menang beb.. Bangga sekejap..
Tinggi dari aku sket je.. Da bleh jadi ultramen nie.. hiakkkk..
Muzium Diraja Kedah..
Bangunan ini yang berasal dari "Istana Kota Setar" merupakan sebuah bangunan kayu yang dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778) iaitu pengasas Bandar Alor Star dalam tahun 1735. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan beberapa kali akibat serangan Tentera Bugis (1770) dan Tentera Siam (1821).
Bangunan batunya telah disiapkan pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Baginda pernah bersemayam di istana ini bersama permaisurinya Wan Hajar Wan Ismail atau dikenali dengan panggilan "Mak Wan Besar". Kerana itu, istana ini juga terkenal dengan nama "Istana Mak Wan Besar".
YTM Tunku Abdul Rahman Putra juga telah diputerakan bersebelahan dengan istana ini (Bangunan Pagoda, yang kini sudah tiada lagi) pada 8 Februari 1903 dan pernah dibesarkan di istana ini sewaktu ayahandanya Almarhum Sultan Abdul Hamid dan bondanya Mak Che Manjalara bersemayam di sini.
Istana ini juga dikenali sebagai "Istana Pelamin" apabila ruang istana ini diperbesarkan untuk dijadikan astaka dan bilik-bilik tambahan apabila Sultan Abdul Hamid Halim Shah hendak melangsungkan perkahwinan lima orang putera-puterinya. Upacara perkahwinan secara besar-besaran ini mengambil masa tiga bulan dalam tahun 1904.
Selepas tahun 1941, istana ini pernah digunakan sebagai sekolah dan pejabat beberapa persatuan termasuk Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap. Pada 25 Julai 1983, bangunan istana ini diisytiharkan sebagai "Muzium Diraja KedahKat depan muzium nie ada banyak meriam pelbagai saiz.. Nie salah satunye... Agak2 bleh pakai lagi x? Pinjam time raya bagus nie.. Lawan dengan meriam buluh... Xpecah punya...
Lepas je dari tangga nie da xbleh nak snap gambar.. Pakcik dgn makcik guard da standby dgn cota.. Korang test la angkat kamera.. Jap lagi makcik guard da jeling2... Setiap geri gerak (hehehe) anda diperatikan melalui cctv.. cehh wa.. Kat bahagian dalam 2 ada macam2 barangan lama istana.. Dari keris, pinggan, dan mcm2 lagi la..
Souvenirs..
Tak banyak yang menarik kat dalam kecuali nie.. Mini house... Cantek.. Halus je buatannya.. Da macam rumah betul.. Rasa macam nak masuk & duduk kat dalam.. Tetiba terasa nak jadi babydoll.. hahaha..
No comments:
Post a Comment